Sertai Kami & Tingkatkan Kemudahan Komunikasi di Sekolah Anda!
Adakah anda seorang Pengetua atau Guru Besar yang ingin meningkatkan kualiti kemudahan serta keselamatan di sekolah? Di MyFon, kami komited untuk membantu pihak pentadbiran sekolah menyediakan perkhidmatan komunikasi moden yang teratur, selamat, dan berdisiplin untuk semua pelajar dan ibu bapa.
Melalui sistem TAPPS (Telefon Awam Pintar Pelajar Sekolah) dan perkhidmatan terminal pintar MyFon, pihak sekolah kini boleh menawarkan kemudahan perhubungan yang efisien tanpa sebarang kerumitan pengurusan atau risiko kewangan.
Kenapa Pihak Sekolah Memilih Perkhidmatan MyFon?
Sistem kami direka khas untuk menyokong pentadbiran sekolah berasrama mahupun sekolah harian dengan pelbagai kelebihan utama:
- Pemasangan & Penyelenggaraan PERCUMA: Tiada sebarang kos tersembunyi. Pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan modal untuk pemasangan perkakasan atau penyelenggaraan berkala.
- Integrasi Kad RFID Pelbagai Fungsi: Kad pelajar boleh digunakan untuk membuat panggilan menerusi Terminal MyFon, serta dihubungkan dengan Sistem Kehadiran dan rekod outing pelajar.
- Kawalan Disiplin & Keselamatan Pelajar: Pihak sekolah dan ibu bapa boleh mengehadkan senarai nombor telefon yang boleh dihubungi sahaja bagi mengelakkan salah guna.
- Sokongan Penuh Daripada Pasukan MyFon: Kami menyediakan perkhidmatan pelanggan dan bantuan teknikal berterusan bagi memastikan kelancaran talian di sekolah anda.
Dapatkan Sesi Perbincangan & Khidmat Nasihat Percuma
Kami sedia membantu memberikan maklumat lanjut mengenai pelan perkhidmatan, demonstrasi produk, serta proses pemasangan terminal di sekolah anda. Langkah pertama amat mudah!
Isi borang di bawah sekarang dan wakil pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat untuk perbincangan lanjut.











