PROFIL SYARIKAT – MYFON

Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd, lebih dikenali sebagai MyFon, ditubuhkan pada April 2012 sebagai penyedia Perkhidmatan Telefon Prabayar berlesen, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Seiring dengan tagline MyFon, “Connecting You Every Moment”, misi kami adalah untuk memudahkan pelajar berkomunikasi dengan ibu bapa semasa berada di sekolah, memastikan hubungan yang lancar dan selamat setiap masa.

Projek pertama kami, “Telefon Awam Pintar Pelajar Sekolah (TAPPS)”, telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016 oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid, menandakan komitmen MyFon dalam menyediakan solusi komunikasi inovatif untuk sekolah.

Produk dan Perkhidmatan MyFon:

  • Penyelesaian Telefon Pintar (Smart Payphone Solutions)
  • Kad Pelajar Serbaguna (Student Multi-Purpose Card)
  • Sistem Kehadiran Sekolah (Schools Attendance System)
  • Sistem Pemberitahuan Kehadiran Pelajar (Student Attendance Notification System)

Lebih 200 sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia telah mengguna pakai perkhidmatan kami, termasuk Sekolah Tun Fatimah, SBPI Gombak, SMKA Putrajaya, SMK Bukit Rahman Putra, dan banyak lagi.

Dengan pengalaman lebih satu dekad, MyFon terus berinovasi dalam menyediakan solusi komunikasi yang efisien, selamat, dan mesra pengguna untuk pelajar, sekolah, dan komuniti pendidikan secara keseluruhan.

PENGASAS DAN CEO MYFON 

Pengalaman kerja:

Hj Shafiee Bin Saleh, Pengasas dan CEO MyFon, memiliki lebih 17 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi. Beliau merupakan bekas CEO sebuah syarikat GLC telekomunikasi sebelum bersara dan menubuhkan Pure Spectrum Technologies Sdn. Bhd pada tahun 2012

Visi & Misi MyFon

Visi

Platform komunikasi selamat dan lancar, memastikan setiap keluarga kekal terhubung di mana sahaja dengan mudah dan efisien

Misi

  • Membangunkan produk teknologi terkini yang inovatif, praktikal, dan mesra pengguna.
  • Menyediakan penyelesaian komunikasi alternatif yang mudah diakses tanpa had lokasi.
  • Memberikan pengalaman pelanggan terbaik melalui perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai

Nilai Teras

  • Keselamatan (Security)
  • Mengutamakan perlindungan data dan privasi pengguna.
  • Inovasi (Innovation)
  • Sentiasa menambah baik teknologi untuk memenuhi keperluan semasa.
  • Kebolehpercayaan (Reliability)
  • Menyediakan perkhidmatan yang stabil dan diyakini.
  • Mesra Pengguna (User-Centric)
  • Direka untuk mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
  • Integriti (Integrity)
  • Beroperasi secara telus dan beretika

“Connecting You Every Moment”

1.

Teknologi Mesra Pengguna

Menghasilkan produk yang berteknologi terkini dan mesra pengguna khusus buat pelajar dan ibubapa.

2.

Alternatif Mudah Akses

Menyediakan platform komunikasi alternatif yanh mudah akses oleh pengguna di setiap pelosok kawasan.

3.

Perkhidmatan Terbaik dan Berkualiti

Memberikan nilai pengalaman yang terbaik dan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan keperluan pengguna.

Kad SIM

Kad SIM Pra Bayar yang berkolaborasi bersama TuneTalk.

>> Baca lanjut

MySuhu

Peranti mengimbas suhu bersama portal & aplikasi online.

>> Baca lanjut

Kad Pelajar

Kad identiti pelajar dengan pelbagai fungsi kegunaan di sekolah.

>> Baca lanjut

Schools Pay

Tambah nilai, e-wallet, pembayaran bil secara atas talian.

>> Baca lanjut

Kad Kool

Kad pengganti duit syiling Telefon Awan Pintar Pelajar Sekolah (TAPPS).

>> Baca lanjut

Terminal MyFon

Terminal boleh digunakan bersama kad cool, kad pelajar atau simkad Tune Talk Myfon.

>> Baca lanjut

Pemegang Simkad

Berfungsi untuk memegang cip simkad ketika menggunakan Terminal MyFon.

>> Baca lanjut

Dipercayai oleh Sekolah-Sekolah di Malaysia