
Sistem Pengurusan Keluar Masuk Murid Pintar MyFon (e-Outing)
Amalan semasa di sekolah berasrama menetapkan murid yang ingin keluar perlu mendapatkan kebenaran serta tandatangan guru bertugas melalui buku outing yang disediakan di pondok pengawal. Murid yang kembali ke asrama juga wajib melaporkan diri kepada pengawal keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan.
Namun, proses manual ini mengambil masa, kurang efisien dan sukar untuk dipantau secara menyeluruh.
Sistem Pengurusan Keluar Masuk Murid (e-Outing) MyFon merekodkan pergerakan keluar dan masuk murid ke asrama atau sekolah secara automatik melalui penggunaan kad pintar.
Ciri-Ciri Utama Sistem:
- Integrasi RFID: Mengesan pergerakan murid secara automatik semasa masuk dan keluar dari kawasan sekolah menerusi imbasan pantas Kad Pintar MyFon.
- Sistem Pas Keluar & ‘Outing’ Digital: Menggantikan buku/pas keluar tradisional. Kebenaran keluar masuk murid (untuk kebenaran khas atau asrama) direkodkan secara digital di dalam system i-Hadir, memudahkan pemeriksaan oleh pengawal keselamatan.
- Permohonan & Kelulusan Menerusi Aplikasi: Ibu bapa boleh memohon kebenaran keluar atau pelepasan awal anak mereka terus melalui aplikasi mudah alih, yang kemudiannya boleh diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah secara digital.
- Log Pergerakan Telus & Real-Time: Menyediakan rekod audit yang lengkap waktu tepat murid keluar dan masuk. Pihak sekolah boleh menyemak status keberadaan murid pada bila-bila masa sekiranya berlaku kecemasan.
Manfaat Utama Kepada Sekolah & Ibu Bapa:
- Kawalan Sekolah Yang Ketat: Memastikan hanya individu dan pelajar yang dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa sesi pembelajaran.
- Sistem Rekod Automatik Berpusat: Menghapuskan kaedah buku log manual, sekaligus memudahkan pihak warden atau pengawal keselamatan menyemak status keberadaan murid dengan pantas.
