S: Jika kad hilang bagaimana cara untuk dapatkan kad baru?
J: Boleh hubungi Careline kami bagi penggantian kad yang baru.
S: Bagaimana hendak tukar nombor telefon FNF1?
J: Maklumkan pada Careline kami
S: Jika kad hilang, bolehkah duit di dalam kad tersebut disekat?
J: Boleh maklumkan pada Careline kami bagi proses penyekatan duit di dalam kad tersebut dan pindahan duit ke kad baru.
S: Bolehkah saya memberi 2 nombor sahaja untuk dijadikan nombor FNF1?
J: Boleh.
S: Untuk nombor FNF1, boleh masukkan nombor talian tetap atau nombor antarabangsa?
J: Boleh untuk talian tetap, bagaimanapun hanya untuk nombor tempatan sahaja.
S: Bagaimana cara nak tambah nilai kad?
J: Ada dua cara untuk tambah nilai, iaitu secara online (http://topup.myfon.my/) atau melalui pembelian kupon di koperasi sekolah
S: Jika saya tambah nilai RM 10.00 ke kad MyFon anak saya, berapa lama tempoh luput bagi RM 10.00 ini?
J: Tiada tamat tempoh.
S: Bagaimana hendak register Sim Kad Tune Talk?
J: Boleh register di Aplikasi Tune Talk.
S: Bagaimana ibu-bapa hendak semak baki di dalam kad MyFon pelajar?
J:Boleh semak di Aplikasi Schools Pay.
S: Bagaimana nak daftar Aplikasi Schools Pay?
J: Boleh muat turun Aplikasi Schools Pay di Google Play Store kemudian isi link pendaftaran (http://daftartopup.myfon.my/) bagi langkah seterusnya.
S: Bagaimana jika saya terlupa password Aplikasi Schools Pay?
J: Klik butang FORGETPASSWORD di aplikasi atau hubungi nombor Careline kami.
S: Bagaimana hendak dapatkan Kad Telefon MyFon?
J: Boleh didapati di koperasi sekolah, Website, Shoppe atau hubungi Careline kami.
