Terma Dan Syarat
TERMA & SYARAT PERADUAN
Terma-terma ini:
1. Terma & Syarat Peraduan Ini (yang merangkumi Butiran Peraduan) menetapkan asas untuk penyertaan dalam Peraduan yang dinyatakan di bawah.
2. Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini anda bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
3. Notis Privasi yang dilampirkan kepada atau sebaliknya disediakan berhubung dengan Terma & Syarat Peraduan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada terma-terma Peraduan ini.
4. Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Butiran Peraduan
Penganjur |
Entiti MyFon: Pure Spectrum Sdn Bhd (Reg. No. : 985526A) Alamat Berdaftar/Utama: 63A-3, Blok H Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. |
Peraduan | Peserta dikehendaki menggunakan sim kad Prabayar Tune Talk MyFon untuk peraduan Bulanan dan Mega. |
Hadiah |
Hadiah Peraduan terbahagi kepada dua peraduan: A. Bulanan: Empat voucher wang tunai bernilai keseluruhan RM30 sehingga RM200 setiap bulan. Voucher bernilai RM30 dan/atau ke atas setiap satu.Voucher tunai ini hanya boleh di gunakan di koperasi sekolah peserta atau pemberian tambah nilai Prabayar Tune Talk MyFon. B. Mega: |
Pemilihan Pemenang |
Penentuan Pemenang: Bulanan: Langgan pakej bernilai RM35 atau ke atas pada bulan tersebut. Asas peruntukan semula jika Hadiah tidak dituntut: Jika pemenang tidak membalas selepas 3 percubaan selama 3 hari berturut-turut, atau jika dihubungi atau memilih untuk tidak menerima, peserta seterusnya yang layak akan di pilih. |
Syarat-Syarat Penyertaan | Terbuka kepada semua orang yang menetap di Malaysia dan seorang pelajar yang berumur 7 tahun hingga 19 tahun pada tarikh penyertaan dan/atau berada di sesi persekolahan 2022/2023.
Dan/atau Sekiranya peserta berumur atas 19 tahun pada tarikh penyertaan, peserta perlu memberikan nama anak atau nama ahli keluarga beserta nama sekolah di dalam borang penyertaan. |
Peserta yang Tidak Layak | Mana-mana yang berikut:
o [Ejen, pengedar, agensi pengiklanan dan organisasi lain yang dikaitkan secara komersil dengan Penganjur dan setiap syarikat induk, sekutu, bahagian, subsidiari, ejen dan wakil masing-masing]; o [Pekerja dan pengarah Penganjur[, termasuk keluarga dan orang yang tinggal bersama mereka]]; o [Pemegang Saham dalam entiti Penganjur]; |
Arahan Penyertaan | Untuk menyertai Peraduan, setiap peserta mestilah:
1. Memastikan sim kad prabayar Tune Talk MyFon kekal aktif sepanjang tarikh penyertaan sehingga tarikh pengumuman pemenang. 2. Bulanan: Langgan pakej bernilai RM35 atau ke atas. 3. Mega: Langgan pakej bernilai RM35 atau ke atas selama enam bulan bermula dari Jun 2022 hingga March 2023 atau pakej tahunan RM200 dan satu bulan bernilai RM35 atau ke atas. 4. Pemenang masih bersekolah di sesi 2022/2023 pada masa tarikh penyertaan. 5. Sekolah pemenang mestilah sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 6. Pemenang adalah pelajar di sekolah yang menjadi rakan niaga MyFon. |
Tarikh Mula/Tutup Peraduan | Bulanan:
Tarikh Mula: 1hb setiap bulan. Mega: |
Syarat-Syarat Lain Peraduan | Sekiranya peserta peraduan menukar nombor telefon Tune Talk MyFon yang baharu, peserta di kehendaki memaklumkan kepada pihak MyFon dengan kadar segera.
Peserta yang menghantar penyertaan bulanan secara automatik akan menghantar penyertaan Peraduan Mega. |
Pemberitahuan Kemenangan dan Penebusan Hadiah | Pemberitahuan kemenangan:
Kaedah – Melalui SMS dan WhatsApp mesej atau panggilan telefon. Hadiah Tuntutan: |
Lebih Peluang Untuk Menang | Peserta yang telah menukar telco asal kepada Tune Talk MyFon (contoh: dari telco A kepada Tune Talk MyFon) adalah layak untuk mendapatkan tiga kali lebih peluang cabutan untuk menang peraduan bulanan dan atau mega. |
Asas Peraduan
1. Peraduan ini adalah:
o terbuka kepada mereka yang memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan;
o tidak terbuka kepada mereka yang tergolong dalam perihal Peserta yang Tidak Layak (walau mereka memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan)
2. Anda hendaklah mematuhi Arahan Penyertaan.
3. Anda boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa penyertaan. Penyertaan tidak boleh dijana oleh computer secara automatik atau tidak dihantar mengikut asas tidak wajar (sebagai contoh menggunakan beberapa nama, e-mel atau nombor kad pengenalan, tetapi menggunakan satu telefon nombor Tune Talk MyFon yang sama untuk menyertai)
4. Anda boleh memenangi satu Hadiah sahaja untuk Peraduan Mega. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa hadiah untuk dimenangi.
5. Penganjur boleh pada bila-bila masa melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan mengikut budi bicara tunggalnya (yang mungkin atau tidak mungkin dikaitkan dengan peserta)
Penyertaan
1. Penyertaan yang (i) tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini; atau (ii) tidak lengkap, rosak atau lewat, mungkin ditolak, hilang kelayakan, disingkirkan dan/atau dihapuskan oleh Penganjur.
2. Penyertaan anda termasuk apa-apa bahan yang disediakan sebagai sebahagian daripada atau berhubung dengan penyertaan. Apabila penyertaan dalam Peraduan melibatkan peruntukan bahan bertulis, dirakam, bergambar atau bahan lain dalam bentuk elektronik atau bentuk lain, anda hendaklah memastikan penyertaan anda:
o adalah
(i) sesuai untuk akses awam dan secara khusus tidak mengandungi kandungan bogel, lucah, menyentuh isu agama/budaya/politik, ganas, fitnah atau kenyataan fitnah, bahan yang dianggap menyalahi undang-undang/menyinggung perasaan atau boleh melanggar undang-undang Malaysia atau bahan-bahan yang berkemungkinan menjejaskan imej Penganjur atau mencalar reputasi Penganjur; dan
(ii) tidak melanggar undang-undang yang berkenaan;
o tidak mengandungi atau merujuk kepada mana-mana produk atau jenama selain daripada yang mewakili MyFon (melainkan kemasukan itu tidak di sengajakan, tidak jelas dan secara wajar perlu disebabkan sifat penyertaan);
o adalah hasil dari usaha sendiri dan tidak mengandungi sebarang harta intelek (termasuk hak moral) pihak lain melainkan anda telah mendapat kebenaran yang dikehendaki bagi peruntukan dan penggunaannya, pengeluaran semula dan urusan lain selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini (termasuk Fasal 3 di bawah);
3. Anda memberikan kepada Penganjur (i) pemilikan bagi mana-mana penyertaan; dan (ii) hak kekal, tidak boleh dibatalkan, di seluruh dunia, bebas royalty, boleh disublesenkan dan boleh dipindah milik untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mengedarkan dan membuat kerja derivatif bagi penyertaan anda, dalam mana-mana media dan melalui mana-mana saluran media. Anda tidak akan memberikan hak-hak ini kepada mana-mana pihak lain.
Tanggungjawab Penyertaan
1. Jika anda menghantar penyertaan bagi pihak lebih daripada satu orang/pihak (termasuk bagi pihak sebuah organisasi), anda hendaklah memastikan bahawa anda mempunyai kuasa untuk menerima terma-terma ini bagi pihak mereka dan memastikan mereka mematuhi terma-terma ini.
2. Anda hendaklah mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini dan tidak sebaliknya berusaha menyalahgunakan atau mengganggu proses dan peraturan Peraduan secara menyalahi undang-undang.
3. Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan semua liabiliti, kerugian dan kerosakan apa jua jenis akibat daripada perlanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur mengecualikan tanggungjawap terhadap liabiliti, kerugian dan kerosakan tersebut, walaupun tiada apa-apa dalam Terma & Syarat Peraduan ini dicadangkan untuk mengehadkan liabiliti Penganjur bagi (i) penipuan; (ii) salah laku sengaja; atau (iii) kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaiannya (termasuk pekerja dan ejennya)
4. Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing berhubung dengan apa-apa tuntutan pihak ketiga yang penyertaan anda atau penggunaannya selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini melanggar undang-undang berkenaan, kewajipan kerahsiaan atau hak harta intelek lain disebabkan oleh perlanggaran anda Terma & Syarat Peraduan ini.
5. Penganjur tidak dalam apa jua keadaan bertanggungjawap terhadap:
o Kehilangan penyertaan, rosak atau lewat akibat daripada sebarang kegagalan rangkaian, perkakasan atau perisian computer bagi apa jua jenis kejadian lain yang sama ada tidak di jangka atau di luar kawalan munasabah langsung Penganjur;
o Kos anda dalam menyediakan atau menghantar penyertaan.
Pemenang
1 Pemenang akan dimaklumkan menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan.
2 Pemenang hendaklah menuntut Hadiah mereka menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan. Jika Hadiah tidak dituntut selepas masa ini, hak untuk Hadiah akan luput dan Penganjur boleh menawarkan Hadiah tersebut kepada pemenang gantian yang dipilih menurut kaedah yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan (tanpa spesifikasi, asas adil yang diselaraskan dengan teliti mengikut kaedah pemilihan pemenang yang akan tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur.
3 Penganjur boleh (mengikut budi bicaranya atau apabila dikehendaki oleh undang-undang) memberikan atau menyiarkan butiran pemenang (nama dan tempat).
4 Sekiranya wujud sebarang ketidaktentuan atau perbezaan pandangan berkaitan pengurusan Peraduan (termasuk pemberian Hadiah), keputusan Penganjur adalah muktamad (ini tidak menyingkirkan sebarang hak undang-undang). Rayuan atau pertanyaan tidak akan dilayan.
5 Sebarang surat-menyurat tidak sepatutnya berlaku antara anda dan Penganjur, melainkan diminta secara khusus oleh Penganjur.
Hadiah
1. Penganjur mungkin memerlukan bukti pengenalan sebelum melepaskan mana-mana Hadiah. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil menyediakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, Salinan bukti pengenalan pemenang dan bukti pengenalan wakil.
2. Waranti berkanun terpakai tetapi sebaliknya Hadiah diberikan ‘seperti adanya’ tanpa sebarang waranti, perjanjian atau jaminan serta tidak boleh dipindah milik sama sekali, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.
3. Komitmen Penganjur adalah untuk memastikan ketersediaan Hadiah selaras dengan dan tertakluk kepada terma-terma ini. Dengan itu, setiap pemenang bertanggungjawap terhadap mana-mana dan semua.
o visa dan permit;
o bahan api, barangan guna habis dan yang mengiringi;
o penyelenggaraan, pembaruan lessen dan keperluan semasa atau berkala;
o cukai dan liabiliti peribadi lain; dan
o hal-hal kecergasan dan kemampuan fizikal,
dan juga hal sampingan lain yang diperlukan untuk , atau timbul daripada, penerimaan, penggunaan atau keseronokan Hadiah.
4. Pemenang hendaklah mematuhi mana-mana terma pihak ketiga, misalnya terma penganjur acara, yang terpakai kepada Hadiah (ini akan disediakan atas permintaan).
5. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah untuk nilai alternatif yang sama atau lebih besar. Penganjur tidak bertanggungjawap untuk menawarkan tunai kecuali hadiah yang bernilai RM50 dan/atau ke bawah.
6. Jika penyertaan anda kemudiannya hilang kelayakan, mana-mana Hadiah yang diberikan hendaklah dipulangkan atas tanggungan anda sendiri atau pampasan diberikan apabila pemulangan tidak boleh lagi dilakukan.
Publisiti
1. Para pemenang, atas permintaan munasabah daripada Penganjur, akan mengambil bahagian dalam publisiti berkaitan dengan Peraduan ini. Ini mungkin termasuk video pemenang dirakamkan, gambarnya diambil dan/atau ditemu ramah oleh ramah oleh Penganjur atau bagi pihaknya.
2. Penganjur dibenarkan untuk menggunakan nama, imej, suara anda dan/atau seumpamanya bagi tujuan suntingan, pengiklanan, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.
3. Penganjur mempunyai dan hak mutlak dan budi bicara untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama samaran pada mana-mana program/saluran atau mana-mana jua media, secara keseluruhan atau sebahagiannya, mengikut budi bicara Penganjur. Semua hak cipta yang wujud dalam Rakaman akan menjadi hak milik mutlak Penganjur.
Pelbagai
1. Melainkan dinyatakan dengan jelas oleh Penganjur di dalam bahan Peraduan bertulis, Peraduan ini adalah dalam apa jua cara tidak ditaja atau disokong oleh mana-mana pihak ketiga.
2. Jika ada versi Bahasa lain bagi terma-terma ini juga disediakan, versi Bahasa Malaysia akan mengambil keutamaan sekiranya berlaku sebarang percanggahan.
3. Setiap peruntukan Terma & Syarat Peraduan ini adalah boleh asing. Jika mana-mana peruntukan didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah atau pihak berkuasa berwibawa lain, ketidaksahan atau ketidakbolehkuatkuasaan tersebut tidak akan menjejaskan baki Terma-Terma Peraduan ini.
Undang-undang yang Mengawal dan Pertikaian
1. Peraduan ini (termasuk Terma & Syarat Peraduan ini dan mana-mana pertikaian berkaitan) adalah dikawal oleh dan akan ditafsirkan mengikut undang-undang negara di mana Penganjur mempunyai alamat berdaftar atau utamanya seperti yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan, melainkan sehingga takat undang-undang wajib yang berkenaan disebabkan oleh lokasi atau sifat Peraduan, Hadiah atau peserta yang berkaitan.
2. Tanpa menyekat sesiapa daripada mendapatkan injuksi atau relief sementara lain di mahkamah yang berwibawa, jika pertikaian timbul, mahkamah negara di mana Penganjur akan menyelesaikan masalah, melainkan sehingga takat anda mempunyai hak untuk menyelesaikan di mahkamah bidang kuasa lain disebabkan oleh lokasi atau sifat Peraduan, Hadiah atau peserta berkaitan.
Lampiran
Notis Privasi
Penganjur | Entiti MyFon: Pure Spectrum Sdn Bhd Alamat Berdaftar/Utama: 63A-3, Blok H Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. Jawatan pegawai untuk dihubungi: Pegawai Pemasaran : Tel: 013-466 9366 |
Perihal Peraduan | Peraduan Subcribe & Menang Peraduan Bulanan dan Mega. |
Data Peribadi | Data peribadi yang diperoleh daripada anda, termasuk di dalam borang peraduan atau disediakan sebagai sebahagian daripada proses penghantaran borang peraduan atau semasa pentadbiran berkaitan.
Data peribadi ini akan termasuk bagi Peraduan ini: |
Tujuan Lanjut | [Publisiti]; [Tujuan pengiklanan dan pemasaran berkaitan produk kami]; [Tujuan pendidikan]; [Menyediakan notis berkaitan produk, perkhidmatan, promosi dan acara yang mungkin menarik minat anda]; [Menjawab pertanyaan anda]; [Bagi tujuan pengauditan sekiranya berlaku pertikaian]; |
Pihak Ketiga | Data Peribadi mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, misalnya kepada ibu pejabat, pejabat serantau, subsidiari, sekutu dan/atau anggota di dalam MyFon dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin terletak di luar Malaysia, bagi sebab-sebab berkaitan Tujuan. |